purple :)


Tuesday 12 December 2017

BBK3408 - Vlog - Minggu 14 - NURFATINI SHAFIQAH BT JAMALUDDIN (181029)

Holla semua... assalamualaikum.. ishh rasa lemah longlai laaa nak taip entri kali ni.. kenapa pulak eh? yelahhhh ni tugasan terakhir dari Prof kesayangan saya.. prof dr normaliza uolss...huaaaa... kerja dia tak pernah membebankan.. series happy, kau enjoy, best... n bila siap present dalam kelas tuuppp smua markah penuh... best kann? sayangnya nak tinggalkan kelas ni... mana Prof? ohh kat rumah heh sekarang? kalau sebelah aq, dah lama aq gomol prof yang comel cinotet tuu.. hahahaha.. ok minggu ni katanya prof nak jengah blog kami n nak tengok vlog yang kami buat.. maka terhasillah video spontan 1 shot muka barai pi lantakk laaa sana... hahahaha'
   
    -------> https://www.youtube.com/watch?v=2FV3ZA6XR6s&t=28s <-------

haaa da klik? acanehh muke aq? suci murni serupa minya sri murni bukan? kahh.... video tu aq buat masa nak amik customer.. yelah kat sini aq bawak kete.. so dari aq melingkukkk bawak je kete tu, baik aq buat something yg datangkan hasil.. so aq buatlahh student cab.. sementara tunggu, apelagii... buat laaa dalam kete uols..

ok, kalini aq sebak.. minggu 14? dah semestinyalahh minggu terakhir kau dengan pensyarah kan? bukan setakat pensyarah.. semua kawan2 kat upm.. bila dah 15 januari 2018, maka tamatlahhh kerjaya aq kat sini.. tamatlah cerita aq kat sini.. :( kepada Prof Dr Normaliza, kalau baca entri saya ni.. saya nak ucapkan banyak2 terima kasih kat prof atas sumbangan ilmu walaupun sekejap pertemuan kita.. tapi penuh makna.. prof antara salah satu pensyarah yang mmg superb ohsem n terbaik..! saya pernah berangan, if saya jadi cikgu ke, pensyarah ke, atau tukang ajo ngaji sekalipun, saya taknak jd seorang pendidik yang membebankan anak murid.. itulahh Prof.. if banyak kerja, tapi saya rasa lagi banyak kerja lagi enjoy.. tak stress.. lambat tua.. ekk ek? hahaha.. saya minta maaf banyak2 prof kalau dalam kelas saya ade terpanggil prof, Dr jee... upss.. hehehe.. pastu ade terkeluo perangai tak senonoh ke.. pastu bila bentang kumpulan saya ade tak cukup ke.. tak ikut ape prof nak ke.. dr hujung rambut smapi hjung kaki saya betul2 minta maaf.. prof, bukan saya je.. maafkan juga kesalahan kwn2 kelas saya.. halalkan ilmu yang prof beri.. semua tu sgt bermakna utk masa depan kami.. saya akhiri blog saya kali dengan ucapan "SAYA SAYANG PROF SEPERTI IBU SAYA" terima kasih prof.. bye prof.. lebiuuu! :'D

BBK3408 - Pembentangan Dua Insan dan Video Seram - Minggu 12

Holla hollah holaaa... hello hello hello nak kopi ke nak milo.. buat ape kesemuaannya.... Assalamualaikum semua.. hai ebelibadiii... haaa semua kata greeting aq letak. Hahahaha. Ok bersemai entri kita pada kali berkenaan dengan??? jeng jeng jenggggg.....haaa tapi nantii dulu.. aku nakm lahh citer sikit pengalaman sepanjang nak hasilkan dua video ni.. wouishhhhh.. penat gile wehh... kiteorang set tempat n time hari jumaat n buat kat Sin's Barber Shop, Bangi. Barber ni femesss kott.. huuuuu.. k tepat dalam 3 lebih kiteorang sampai, but perut berkeroncong.. kiteorng p laaaa melantakkk kat kedai sebelah tu dulu.. sebabnye barber tuuu ramai wooo orang penoh! kiteorang masuk pun cm mengganggu menyemak pon ade.. nasib baik kedai abg membe.. boleh gak lah interframe.. hahaha.. so lepas makan, kiteorg pun start laa.. 3 kali shot, kau bayangkan 3 kali tuu orang keluar masuk nak gunting rambut.. nak bayo.. nak duduk.. yang kiteorang semakkk kat situ.. tuan punye kedai pulakkk yang p minta maaf kat customer. kahh.. but abg kirul terbaik.. dia spotingg gila beb.. so slesai shoting dua insan, lepak laaa kat bilik abg tu.. Haaa nak tengokk ke hidokk hasil kirijoo kami kumpulan sis? Prof komen terbaikkk.. tempat cool gilaa.. siap nak bawak anak p sini uolss.. huhu.. haaa tengokk ahh..





Amacam? cool kann? apekepasal tak masuk utube? al kisah.. dah 3 akaun cuba masukkan, tapi takleh bukak.. aq pun pening daaa... So lepaihhh habis shot dua insan, penat2 tuu, duduk2 tiba terimaginasi if buat video seram kat sini....


kehh kehh kehh.. lebih kurang acenii aaa imaginasi aq nak buat.. kisah si pemotong rambut.. hahahaha.. tapi imaginasi aq sampai situ je.. takdekk sape layan punn.. kiteorang amik kputusan nak shot terus video malam tuu.. tapi yang hebatnye kumpulan sis ni.. shot dari belakang citer baru lahh ke part permulaan.. kire kau buat ending duluu.. barulahhh start.. hahaha lawakk.. idea tu datang tak menentu.. haaa jadi laaa cmtu.. yang penting hasil terbaikk.... manooo? haaa klik dehh link bawah ni..

           ------->  https://www.youtube.com/watch?v=Kb_hN1unZ9s <---------

haaa video seram ni boleh masukk utube,, so ade laaa link.. hahaha.. Alhamdulilah slesai laaa untuk kesemua video kami dengan Prof.. walaupun nak hasilkan video seram tu sumpah wehh aq penakut gilaa.. tengok kawan2 punya video dalam kelas aq pndang sebelah mata.. hahahaha.. but syukur.. akhirnya selesai kesemua video.. a very big thanks kepada ahli kumpulan sis.. miza, ina n linda yang sangat memberi kerjasama dalam kumpulan ni.. n tak lupa juga buat Prof tersayang sentiasa bagi komen yang terbaik sepanjang video kami dihasilkan.. terima kasih Prof! sayanggg prof! muahh! huhu.. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jangan kau hengattt dah takde keje.. prof bagi tugasan terakhir dan aq harap betul2 terakhir laaa kali ni.. buat mende? vlog daaaaa... haaa amende tu? alahhh yang kau dok cakap, leter sorg2 depan camera tu.. cakaplaaa mende pon.. haaa tu jelahh.. so selamat sejahtera laa ye untuk tugasan terakhir.. jupa lagi.. daaaaa.... :)

Saturday 2 December 2017

"Wanita Itu Aku"

Jika hendak diceritakan perjalanan hidup, semua orang tidak terlepas dengan perjalanan hidup masing-masing yang penuh suka duka dan berliku begitu juga dengan wanita ini. Wanita ini dilahirkan sebagai puteri sulung dan tunggal dalam keluarganya. Sejak dari kecil kemahuannya sudah sebati dengan kesenangan yang sederhana. Wanita sulung dalam keluarga, harapan yang tinggi oleh kedua ibu bapa. Wanita ini pada suatu ketika dahulu, pernah menyimpan perasaan yang sangat cemburu jika dia mempunyai adik perempuan dan pernah memberi amaran kepada ibunya jangan melahirkan anak perempuan. Jika dikenangkan semula, lucu dan hanya mampu tersenyum mengingati detik kenangan waktu kecil dahulu. Wanita ini tidak pernah kurang menerima kasih sayang daripada kedua ibu bapanya malah setiap keperluan masih lagi dipenuhi walaupun rezeki dari ibu dan ayah tidak terlalu besar seperti orang lain. Waktu sekolah sudah melihat rakan-rakan mempunyai telefon bimbitnya sendiri dan basikal ke sekolah. Namun bagi wanita ini, mengira setiap tapak ke sekolah yang hampir 10 kilometer itu sudah menjadi rutin harian sehinggalah wanita ini masuk ke alam menengah. Meskipun masih lagi berjalan kaki ke sekolah, namun suasana dan rutin harian di sekolah sudah berbeza. Program-program yang dianjurkan di sekolah melibatkan suasana luar dan jauh dari tempat kediaman. Ia merupakan satu pengalaman baru buat wanita ini.






         


Di alam menengah, wanita ini boleh digelarkan salah seorang tokoh kokorikulum yang agak aktif menyertai mana-mana program dianjurkan oleh sekolah mahupun kelab persatuan. Setiap bulan pasti ada menerima penghargaan di atas pentas sebagai hasil daripada minat yang mendalam terhadap aktiviti kokorikulum. Meski kurang menyerlah dalam pendidikan, namun wanita ini cuba merebut peluang yang ada dalam kokorikulum samada sukan, kebudayaan dan keagamaan. Bagi wanita ini, alam menengah merupakan perjalanan yang penuh dengan suka dan duka melalui kenangan bersama rakan dan juga guru. Berbekalkan 3A dalam SPM wanita ini mengambil langkah untuk meneruskan perjalanannya ke alam prauniversiti di mana selangkah kaki yang pastinya ke puncak menara gading.  Dengan berbekalkan usaha, berkat doa dan belajar tanpa mengira waktu akhirnya wanita tersebut ada di sini. Universiti Putra Malaysia. Sebuah nama institusi pendidikan yang gah dan bukan calang-calang manusia yang boleh masuk ke mahligai ini. Alhamdulilah, berbekalkan sekerat sahaja lagi perjalanan, wanita ini akan menerima segulung ijazah untuk kedua ibu bapanya pada tahun hadapan.